PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) kini dalam proses mengambil tindakan segera terhadap laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku melibatkan kakitangan sebuah agensi di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
Loke berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah bertemu dengannya pada Selasa lepas untuk memberikan maklumat kes-kes tatatertib yang belum diselesaikan di peringkat kementerian.
Hasil pertemuan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Jana Santhiran Muniayan untuk memastikan setiap kes tatatertib diambil tindakan segera dan dilapor balik kepada SPRM.
Ditanya jumlah kes tatatertib yang belum selesai semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JTMKJR) Bilangan 1/2023 di sini hari ini, Loke berkata ia adalah isu dalaman dan terdapat juga sejumlah kes yang telahpun diselesaikan namun belum dilapor kepada SPRM.
"Yang penting kita ambil tindakan daripada apa sahaja saranan SPRM. Itu komitmen saya kepada KP SPRM bahawa MOT akan beri kerjasama sepenuhnya. Kes-kes belum diambil tindakan tatatertib akan disusuli dengan kadar segera," katanya.
Sebelum ini dilaporkan pendedahan Azam bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Loke berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah bertemu dengannya pada Selasa lepas untuk memberikan maklumat kes-kes tatatertib yang belum diselesaikan di peringkat kementerian. - Gambar fail
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.